Muhyiddin tidak akan ditahan SPRM hari ini - Hamzah

Muhyiddin tidak akan ditahan SPRM hari ini – Hamzah

HAMZAH Zainuddin ketika mengiringi Muhyiddin Yassin di ibu pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Saya yakin beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan dilepaskan oleh SPRM tengah hari ini,” kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hamzah berkata demikian ketika ditemui media di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, beliau berdoa dan berharap Muhyiddin tidak ditahan SPRM hari ini.

“Bagaimanapun, ia (penahanan) terpulang kepada SPRM. Kami berharap beliau akan dibenarkan keluar tengah hari ini selepas memberi keterangan kepada SPRM.

“Kami percaya, Presiden kami bersedia untuk menjawab apa jua persoalan dan memberi keterangan sebaik mungkin kepada SPRM,” katanya.

Katanya, pihaknya percaya Muhyiddin tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang didakwa dan dilaporkan media.

Hamzah berkata, beliau dan beberapa pimpinan Bersatu dan PN telah bertemu dan mengadakan beberapa perbincangan bersama Muhyiddin malam tadi.

“Beliau (Muhyiddin) menjelaskan apa yang berlaku dan kami yakin dia tidak lakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini pukul 11.15 tadi bagi memberi keterangan kepada SPRM dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya