BUKAN sekali dua orang bercakap mengenai pasangan pelakon Meerqeen dan Anna Jobling yang sebelum ini didakwa menjalin hubungan cinta.
Tetapi apabila ditanya, berulang kali jugalah hal itu dinafikan oleh keduadua mereka. Cik Bunga pun tidaklah salahkan Meerqeen mahupun Anna. Ini soal peribadi kan?
Namun, apabila ada yang menyampaikan cerita di belakang tabir tentang mereka, ia membuatkan Cik Bunga terdetik, memang betul lah agaknya desas-desus mereka bercinta.
Bak kata orang, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang bukan?
Cik Bunga tak adalah menuduh, tetapi dah memang ada yang nampak depan mata. Orang industri seni pula tu yang maklumkan.
Macam manalah orang tak bercakap, kalau mereka sendiri yang tayang kemesraan, kegedikkan dan berpanggilan sayang di hadapan orang.
Tak akanlah orang lain pula yang kena butakan mata buat-buat tak nampak? Bila dah tayang depan orang kelakuan bak pasangan kekasih itu, khabarnya, Anna dan Meerqeen bagi amaran pula pada yang tengok supaya tak rakam dan sebarkan gelagat mereka itu.
Pada Cik Bunga, senang saja, kalau mengaku saja bercinta, tak perlu pun sampai nak bagi amaran pada orang lain.
Profesional sajalah… Zaman sekarang, kalau ada artis bercinta sesama artis pun, bukannya pelik atau dianggap satu masalah.
Nak jaga reputasi? Mengaku bercinta pun dah okey dah. Asalkan pandai bawa diri dan tetap sajikan kualiti lakonan yang mantap, peminat pun faham dan ‘restu’. Tentu sahaja ramai orang akan mendoakan, moga-moga hubungan kekal hingga ke jenjang pelamin.
Lagipun, secara peribadi, Cik Bunga rasa Meerqeen dan Anna comel sahaja berdua sebagai pasangan kekasih. Nampaklah keserasian itu, bukan cuma pada di layar kaca TV saja sebagai Melur dan Firdaus, betul tak? – MINGGUAN MALAYSIA