Masjid, surau di Perak bebas tentukan bilangan rakaat tarawih

Masjid, surau di Perak bebas tentukan bilangan rakaat tarawih

JABATAN Agama Islam Perak memberi kebebasan kepada jawatankuasa masjid untuk menentukan bilangan rakaat solat tarawih tahun ini kecuali di dua masjid utama di negeri itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH:  Semua masjid dan surau di Perak diberi kebebasan untuk menentukan bilangan rakaat  solat tarawih di sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Hanya Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar dan Masjid Sultan Idris Shah II atau Masjid Negeri di Ipoh, yang dikehendaki mengadakan solat sunat tersebut sebanyak 20 rakaat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, pihaknya menyerahkan kepada budi bicara jawatankuasa kariah masjid dan surau untuk menentukan perkara itu mengikut kesesuaian dan kehendak ahli kariah.

Untuk rekod, pada Ramadan sebelum ini, JAIPk menetapkan semua masjid dan surau yang berdaftar dengan jabatan itu, dikehendaki mengadakan solat tarawih 20 rakaat.

Beliau menambah, jika mahu mengadakan tazkirah, ia hendaklah dibuat selepas selesai solat tarawih.

Menurutnya, imam tempatan hendaklah diberi keutamaan manakala imam jemputan luar kariah yang telah mendapat kebenaran bertulis Pengarah JAIPk, dibenarkan menjadi imam maksimum tujuh malam sahaja sepanjang Ramadan.

“Begitu juga imam jemputan luar negara perlu mendapat kebenaran bertulis Pengarah JAIPk, sebelum dibenarkan menjadi imam solat tarawih,” katanya.

Katanya, program berbuka puasa atau iftar, moreh, tadarus al-Quran dan qiamullail juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau di negeri ini.

Individu yang terlibat secara langsung dalam menguruskan hidangan makanan, wajib melakukan Ujian Pengesanan Covid-19 RTK Antigen (RTK-Ag) dan ditunjukkan kepada petugas masjid.

“Semua program di masjid hendaklah dianjurkan atas nama jawatankuasa kariah masjid atau surau dan bukan atas nama penyumbang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya