Kenapa Blackpink popular seantero dunia?

Kenapa Blackpink popular seantero dunia?

blackpink
Blackpink popular di seluruh dunia - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BLACKPINK merupakan  kumpulan K-pop wanita kedua di bawah pengurusan syarikat rakaman YG Entertainment selepas 2NE1.

Nama kumpulan ini meledak  menjadi superstar global sejak kemunculan single Boombayah pada 2016 yang mencecah 1.5 bilion tontonan dalam YouTube.

Dibentuk menerusi sistem  latihan K-pop terkenal di Korea Selatan, setiap ahli kumpulan menjalani sesi ujibakat dengan agensi hiburan itu untuk bergelar sebagai pelajar atau pelatih, dengan harapan pada satu hari nanti  mereka akan menjadi artis rakaman.

Syarikat rakaman memilih penggunaan nama Blackpink yang bertujuan mengubah persepsi ramai tentang warna merah jambu yang sinonim digunakan bagi menggambarkan kecantikan.

Frasa Blackpink bermaksud ‘kecantikan bukan segalanya’, kerana ia juga adalah simbol menyerlahkan bakat yang hebat.

Blackpink terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu Kim Jisoo, Kim Jennie, Park Chaeyoung (Rose) dan Lalisa Pranpriya Manoban (Lisa) yang pernah berkecimpung dalam dunia peragaan.

Selepas Malaysia, kumpulan ini meneruskan jelajah konsert ke Jakarta, Indonesia, hari ini diikuti Taiwan (18-19 Mac), Filipina (25- 26 Mac), Tokyo, Jepun (8-9 April), California, Amerika Syarikat (14- 16 April), Singapura (13-14  Mei),

Bangkok, Thailand (27-28 Mei) serta pelbagai lokasi lain.

Berikut merupakan antara sebab kelainan dan keunikan kumpulan ini sehingga mendominasi carta penstriman di platform digital.

NAMA UNIK

Nama kumpulan ini sudah sangat menarik pada pandangan pertama. Ramai tidak mungkin terfikir untuk menggandingkan warna hitam dengan merah jambu, namun siapa sangka gabungan warna itu akhirnya paling melekat
dalam ingatan ramai.

Hitam dikonotasikan kepada kecanggihan, manakala merah jambu sinonim dengan wanita.

NYANYIAN

Nyanyian mereka kedengaran yakin, ada elemen memberontak dan sedikit agresif serta tidak seperti kebanyakan kumpulan K-pop lain yang menyanyi secara lebih sopan dan manis dipandang.

Lirik dwibahasa dalam bahasa Korea dan bahasa Inggeris juga adalah strategi tepat menangkap sasaran pendengar, apatah lagi tema lagu sering bercerita tentang kebebasan hidup.

VIDEO MUZIK KREATIF

Blackpink juga terkenal dengan konsep dalam setiap lagu yang dipersembahkan.

Jika sesetengah video K-Pop mungkin mempunyai dua atau tiga konsep dalam video muzik mereka, Blackpink tampil lebih berani dengan lima atau enam konsep dilengkapi warna rambut dan pakaian berbeza yang  ipaparkan
dalam video mereka.

Tidak seperti kumpulan K-Pop lain, sudut kamera juga sentiasa berubahubah sekali gus menjadikan video muzik lebih menarik serta penyampaian mesej lebih baik sehingga digilai ramai remaja.

Visual dalam video mereka lebih merangsang minat penonton berbanding kumpulan lain.

Walaupun kumpulan K-Pop lain mungkin mempunyai warna sangat jelas sebagai latar belakang mereka, Blackpink mempunyai latar belakang lebih kreatif yang sepadan dengan penghasilan filem.  – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya