Jepun tamat sekatan eksport ke Korea Selatan

Jepun tamat sekatan eksport ke Korea Selatan

YOON Suk Yeol (kiri) dan Fumio Kishida berjabat tangan tanda sepakat selepas pertemuan di Pejabat Perdana Menteri Jepun, di Tokyo, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun akan menamatkan sekatan eksport ke atas bahan semikonduktor ke Korea Selatan manakala Seoul akan menarik balik aduan tindakan itu yang difailkan ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Lapor AFP, kementerian perdagangan dari kedua-dua pihak membuat pengumuman itu ketika Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berada di Tokyo untuk sidang kemuncak dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang bertujuan untuk membina semula hubungan antara kedua-dua negara jiran.

Hubungan tegang antara Jepun dan Korea Selatan dikatakan mencapai titik krisis pada 2018 selepas mahkamah Korea Selatan mengarahkan firma Jepun membayar pampasan kepada mangsa-mangsa buruh paksa semasa perang dan juga kepada keluarga mereka.

Kementerian Perdagangan Jepun dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memutuskan untuk menarik balik sekatan dan mahu hubungan itu kembali seperti sedia kala seperti yang berlaku sebelum Julai 2019.

“Kami mengesahkan bahawa pihak Korea Selatan akan mengumumkan penarikan petisyen kepada WTO mengenai kawalan eksport Jepun,” kata kementerian itu.

Jepun menolak keputusan mahkamah Korea Selatan 2018 dengan alasan bahawa pertikaian era penjajah sudah pun diselesaikan pada 1965.

Hubungan diplomatik juga dikatakan dinormalkan pada tahun itu dan Tokyo memberi pinjaman dan bantuan ekonomi kepada Seoul bernilai kira-kira AS$800 juta (RM3.6 bilion), bersamaan beberapa bilion dolar sekarang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya