JDT ratah Negeri Sembilan di Paroi

JDT ratah Negeri Sembilan di Paroi

CORBIN Ong menanduk masuk gol kelima JDT dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas membenam pasukan Negeri Sembilan FC dengan keputusan 7-0, sebentar tadi.

Beraksi di gelanggang lawan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, perlawanan dikuasai sepenuhnya Harimau Selatan dan pasukan itu mula mendahului pada minit ke-20.

Ia hasil jaringan penyerang dari Argentina, Fernando Forestieri yang menanduk bola ke gawang tuan rumah hasil sepakan percuma yang diambil oleh Leandro Velazquez.


PEMAIN JDT meraikan gol yang dihasilkan dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan.

Pelawat mendapatkan gol kedua mereka pada ke-40 menerusi penyerang, Diogo yang membuat percubaan voli cantik dari luar kotak penalti yang mengelirukan penjaga gawang Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Memasuki separuh masa kedua, JDT tidak menunggu lama memperoleh sepakan penalti selepas Arif Aiman Mohd Hanapi dijatuhkan dalam kotak penalti.

Peluang tersebut disempurnakan oleh Forestieri pada minit 48, untuk gol ketiga pasukan dari Selatan itu.

Minit ke-52, Arif Aiman menggandakan lagi gol buat JDT apabila dia mudah menolak masuk bola ke gawang tuan rumah selepas menerima hantaran dari Diogo.

Gol kelima Harimau Selatan pula diperoleh hasil sentuhan pemain pertahanan, Corbin Ong pada minit ke-66 diikuti gol keenam menerusi Endrick Dos Santos pada minit ke 71.

PENYERANG JDT, Diogo Luis Santo diasak pertahanan Negeri Sembilan, Annas Rahmat.

Minit ke-87, Corbin Ong terus menambah derita pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol ketujuh pasukan JDT.

Keputusan kekal 7-0 sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus tiga mata berjaya dibawa pulang pasukan pelawat ke Johor Bahru dan turut merampas kedudukan teratas Liga Super daripada Sabah yang turut melakar kemenangan 2-0 ke atas Kuching City.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya