HWC merancang membuka lebih 50 brand store pada 2023

HWC merancang membuka lebih 50 brand store pada 2023

HWC Coffee
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mencapai sasaran pembukaan kedai tahun lepas, rangkaian kedai kopi terkenal, HWC Coffee Malaysia menyasarkan untuk membuka tambahan 40 buah kedai jenama kopi itu di seluruh Malaysia pada 2023.

Ini termasuk memperkenalkanp flagship store luar negara pertama iaitu di Brunei pada pertengahan bulan April.

Rangkaian kedai kopi itu juga akan mula mengendalikan Flagship Store dan Akademi Kopi di Malaysia mulai bulan Mei.

Sejak kedai pertama HWC Coffee dibuka di Pusat Beli-belah 1Utama pada April 2022, rangkaian itu telah berkembang pesat dengan membuka 15 buah kedai dalam masa sembilan bulan.

Pada tahun 2023, HWC Coffee berjaya melancarkan kedai mini di tiga buah bangunan rumah inap yang terkenal, sehingga Februari, HWC coffee mempunyai 18 brand stores. 

Sebagai jenama rangkaian kopi specialty pertama Malaysia dan hab strategik untuk Asia Tenggara, HWC Coffee telah mengumumkan bahawa Flagship store luar negara pertamanya akan ditempatkan di Brunei, dan dijadualkan buka pada pertengahan bulan April.

Selain itu, HWC juga merancang untuk berkembang di luar wilayah Lembah Klang tahun ini, termasuk pembukaan di Pulau Pinang menjelang bulan April, dan mengejar peluang pengembangan di bandar-bandar utama.

Ketua Pegawai Eksekutif HWC Coffee Malaysia, Zenda Ng berkata flagship store dan Akademi Kopi di Malaysia akan terletak di klang valley, yang mana kini sedang menjalani persiapan untuk pembukaan pada bulan Mei.

“Kedai utama akan menyediakan pilihan kopi yang lebih luas dalam kualiti dan julat harga yang berbeza untuk memenuhi pilihan yang pelbagai, manakala akademi kopi akan menekankan latihan barista, kursus pendek dan pengalaman kopi hujung minggu.

“Kami juga akan memperkenalkan perkhidmatan klinik kopi unik HWC Coffee dari Taiwan ke Malaysia dan melibatkan pelanggan tempatan serta penggemar kopi dengan cara yang menarik,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan HWC Coffee, syarikat itu menganjurkan lawatan ke Taiwan pada awal bulan Mac, dengan menjemput pengamal media dari Malaysia dan Brunei, pencipta kandungan dan rakan niaga mengalami proses penuaian kopi, pemprosesan kopi, pemanggangan dan pembungkusan di mana HWC Coffee diasaskan. Matlamatnya adalah untuk mempromosikan komitmen HWC terhadap konsep “Dari Ladang ke Cawan” dan profesionalisme HWC Coffee.

Para peserta melawat ladang kopi terkenal di Alishan, Taiwan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kopi dan melihat sendiri penuaian kopi dan kaedah pemprosesan kopi. Kumpulan itu juga melawat kedai panggang kopi di ibu pejabat HWC untuk melihat mesin pemanggang kopi udara panas penuh buatan Itali yang berteknologi tinggi, imf RM -60RAS, yang berharga RM 1.3 juta.

Sementara itu, HWC telah juga mengadakan acara di Taiwan untuk mengumumkan pelantikan selebriti Malaysia, Jack Tan dan Natasha Sass sebagai HWC Friends. Rangkaian kedai kopi itu juga akan melancarkan biji kopi bermusim serba baharu sempena pembukaan kedai utamanya di Malaysia.

Dua koleksi tersebut ialah HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean dan HWC Ethiopia Yirgacheffe Roasted Coffee Bean, dengan pensijilan Halal daripada Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan.

HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean ialah biji kopi istimewa berkualiti tinggi yang dihasilkan bersama oleh HWC Coffee dan Teofahza Specialty Coffee Studio, yang akan dijual secara eksklusif di kedai utama. Manakala HWC HWC Ethiopia Yirgacheffe Roasted Specialty Coffee Bean akan tersedia pada bulan August di setiap kedai jenama.

Hadirin termasuklah Pengasas HWC Coffee Malaysia, Hoe Kian Choon; Pengasas HWC Coffee Taiwan Penny Lin; Ketua Pegawai Strategi Saturn; Pengurus Perniagaan Global Rain; Perunding Pemasaran HWC, Sam Mak; Palaterium Sdn Bhd; Ketua Pegawai Operasi, Penny Chan;dan Pengarah Pemasaran, Edmund Lai.

Mengulas mengenai pelantikannya sebagai HWC Friend, Jack Tan berkata dia seorang pencinta kopi dan berbesar hati dapat bekerja dengan HWC. “HWC Coffee ialah jenama kopi profesional dan saya teruja untuk bekerjasama dengan mereka dan menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.”

Natasha Sass mendedahkan bahawa sebagai seorang pencinta kopi, kopi adalah minuman paling penting baginya untuk memulakan hari dan ia membuatkan dirinya berasa gembira, sama seperti membuat muzik, iaitu kedua-duanya sumber kebahagiaannya. “Saya berharap dapat berkongsi kegembiraan dan muzik saya dengan semua orang melalui HWC Coffee.”

“Sebagai seseorang yang memberi perhatian kepada kualiti kopi, saya telah membeli produk HWC dan mencuba kopi drip bag mereka dan amat kagum dengan kualiti biji kopi mereka. Oleh itu, saya menerima pelawaan ini tanpa teragak-agak.”

Jack Tan dan Natasha Sass akan membuat penampilan selanjutnya di acara HWC Coffee pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hwccoffee.my, laman Facebook https://www.facebook.com/HWCmalaysia dan Instagram: @hwc_malaysia.

Terima Kasih kepada Hotel INDIGO Taipei, Holiday Inn Express Chiayi,Holiday Inn Express Taichung Park, hotel mesra Muslim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya