Hoe Yean pecah rekod kebangsaan

Hoe Yean pecah rekod kebangsaan

Khiew Hoe Yean berjaya mencipta rekod baharu 200m rampaian individu lelaki (IM).-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perenang negara, Khiew Hoe Yean berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter (m) rampaian individu (IM) lelaki di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Ke-65 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi, Vietnam merekodkan catatan masa 2 minit 03.77 saat (s) untuk memadamkan rekod Lim Ching Hwang yang kini mewakili Singapura iaitu 2:03.86s dilakukan pada Kejohanan Bahamas 2016.

Begitupun, dia hanya mampu meraih pingat gangsa selepas atlet Taiwan Wang Hsing Hao lebih laju dalam acara itu dengan catatan 2:01.50s, diikuti Wantenaar Ronan Zuberg dari Nambia (2:03.64s).

Perenang berusia 21 tahun itu, turut merangkul pingat emas menerusi acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti lelaki bersama Muhammad Dhuha Zulfikry, Muhammad Farhan Andi Maroef dan Jayden Tan, manakala sekadar meraih tempat keempat bagi acara 100m gaya bebas lelaki.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya