Dah kenapa dengan Farid Kamil?

Dah kenapa dengan Farid Kamil?

faird kamil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIK Bunga terbaca juga gosip-gosip yang ditaburkan di media sosial yang menyentuh mengenai pelakon Farid Kamil.

Rupanya ramai yang perasan satu rakaman video temu bual media bersama Farid ketika sidang media sebuah filem lakonannya baru-baru ini.

Cik  Bunga pun ada tengok juga, iyalah sebab merata orang kongsikan video itu di media sosial. Mulanya Cik Bunga tak perasan juga kelaku Farid semasa ditemu bual itu, sehinggalah banyak komen yang diberikan netizen, mendakwa dan bertanya mengapa Farid kelihatan macam sedang ‘kacip’?

Cik Bunga harap jangan ada yang tanya kacip itu apa ya. Alahai…’kacip’ itu adalah istilah yang merujuk kepada gelagat orang yang mengambil ‘barangan terlarang’.

Lalu, Cik Bunga teringat pula dengan cerita yang pernah disampaikan pada kita sebelum ini.

Pengalaman seorang teman media yang pernah temu bual Farid dan dia menceritakan kepada Cik Bunga akan situasi yang lebih kurang sama.

Kata teman Cik Bunga, dia pelik juga dengan keadaan Farid masa itu yang bercakap seakan tidak berbutir.

Tetapi, Cik Bunga yakin, tak mungkinlah Farid seperti apa yang didakwa. Entahentah dia sedang dalam karektor yang dibawa, mana tahu bukan?

Orang biasa yang  bukan anak seni mungkin tak akan faham jiwa orang seni.

Dalam kata lain, tak usahlah kita cepat menghukum. Rasa Cik Bunga, Farid itu seorang pelakon yang metod. Cuma orang saja yang tak tahu… – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya