Rakyat Kelantan tetap menjadikan tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh, dekat sini sebagai lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga. Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati orang ramai mula memenuhi kawasan tersebut seawal pukul 5 petang untuk mencari kedudukan terbaik berbuka puasa sambil menikmati panorama menarik di tepi sungai. Lokasi ini merupakan antara tempat yang menjadi tumpuan rakyat Kelantan sejak beberapa tahun lalu setiap kali Ramadan. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri tidak menggalakkan orang ramai menjadikan tepi Sungai Kelantan, Lembah Sireh di sini sebagai lokasi untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya