88 peratus lulus UPKK 2022 dengan 19,266 calon dapat 8A

88 peratus lulus UPKK 2022 dengan 19,266 calon dapat 8A

MOHD Na’im Mokhtar menerima laporan analisis keputusan UPKK 2022 di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Seramai 19,266 calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Air (UPKK) 2022 di seluruh negara berjaya memperoleh gred A bagi kesemua lapan mata pelajaran.

Perkara tersebut diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dengan pencapaian keseluruhan, 88 peratus daripada seramai 243,852 calon yang hadir peperiksaan KAFA tahun lalu lulus, namun kadar ini turun daripada 93 peratus pada 2019.

Perbandingan UPKK 2022 ujar beliau, dilihat dengan UPKK 2019 kerana UPKK 2020 dan 2021 lalu terpaksa dilaksanakan menerusi sistem berbeza dikenali Modul Penilaian KAFA berikutan pandemik Covid-19.

Malah UPKK 2021 menyaksikan penggabungan dua tahun susulan penangguhan UPKK 2020 dengan calon tahun enam menduduki peperiksaan bersama-sama calon tahun lima.

Situasi itu jelas Mohd. Na’im menyebabkan kadar kelulusan keseluruhan UPKK 2020 dan 2021 yang digabungkan ialah 95 peratus manakala UPKK 2019 pula hanya 93 peratus.

Walau bagaimanapun, sejumlah 44,066 calon meraih gred A untuk kesemua lapan subjek pada UPKK 2019 daripada keseluruhan 228,905 calon yang mendaftar peperiksaan itu.

“UPKK 2022 dibuat dalam dua sesi ekoran tarikh asal bertembung Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan dilakukan dari 1 hingga 5 Disember dan 13 hingga 15 Disember,” katanya.

Berdasarkan analisis jelasnya, seramai 8,921 calon didapati tidak hadir di 5,328 pusat peperiksaan ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di seluruh negara.

Dari segi pecahan mata pelajaran pula, Amali Solat mencatatkan kelulusan 100 peratus, diikuti 99 peratus masing-masing untuk Bidang Al-Quran dan Penghayatan Hidup Islam.

Ini katanya, disusuli subjek Jawi dan Khat dengan kelulusan 88 peratus, Adab (82 peratus), Ulum Syariah (79 peratus) serta Sirah dan Lughatul Quran masing-masing 78 peratus.

Peperiksaan KAFA mula diperkenalkan pada 1994 sebelum dijenamakan sebagai UPKK pada 2009 dan menjadi syarat utama bagi kemasukan ke tingkatan satu sekolah khusus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya