Selamat Pagi Subang Jaya hari tanpa kenderaan

Selamat Pagi Subang Jaya hari tanpa kenderaan

subang jaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) meneruskan lagi kesinambungan program bersama komuniti menerusi program #selamatpagisubangjaya bagi edisi ketujuh pada Ahad lalu (5 Februari) bertempat di Jalan Kemajuan, Subang Jaya (berhadapan Aeon Big dan Subang Parade).

Penganjuran program ini merupakan komitmen berterusan daripada pihak MBSJ untuk  pengurangan penggunaan kenderaan di samping mengawal pencemaran udara di bandar sekaligus mengajak warga Subang Jaya untuk bersama-sama melakukan aktiviti berbentuk santai bersama keluarga berkonsepkan gaya hidup sihat (sukan dan riadah).

Antara aktiviti menarik yang diadakan bagi bulan Februari 2023 ialah Senamrobik, Pesta Sarapan, Demo Memasak, Refleksologi, Aktiviti Memanah, Pasar Karat, Eco Free Market, Pertandingan Buskers serta Cabutan Bertuah.

Edisi pada kali ini amat istimewa terutamanya bagi peminat sukan berbasikal dengan penganjuran aktiviti baru iaitu pertandingan berbasikal Endurance Challenge 100km yang akan disertai oleh lebih kurang 200 peserta dan Kejohanan Push Bike.

Pihak Majlis berharap menerusi program ini, komuniti Subang Jaya dan sekitar akan menyokong usaha Majlis dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) iaitu SDG 3 : Good Health an Well Being, SDG 11 : Sustainable Cities and Communities dan SDG 13 : Climate Action sekali gus menyahut saranan kerajaan negeri dan persekutuan bagi pengurangan karbon (CO2) kepada 45% pada tahun 2030 selain mengutamakan penggunaan kemudahan awam dan menyokong inisiatif mesra alam.

MBSJ mengalu-alukan seluruh komuniti bandar raya Subang Jaya untuk hadir beramai- ramai bagi  memeriahkan dan menjayakan program #selamapagisubangjaya pada bulan akan datang bersamaan 5 Mac sekali gus menyokong Pelan Tindakan Bandar Hijau MBSJ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya