Scammer cuba perdaya wartawan pinjam RM2,000 - Utusan Malaysia

Scammer cuba perdaya wartawan pinjam RM2,000

Scammer
TANGKAP layar perbualan seorang scammer cuba memperdaya mangsa untuk mendapatkan wang dengan mudah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kegiatan sindiket penipuan (scammer) kewangan atau dipanggil sebagai macau scam dilihat terus berleluasa dan seolah-olah tidak gentar dengan amaran pihak berkuasa serta hebahan dalam akhbar dan media sosial.

Terbaharu, seorang individu dipercayai scammer menggodam akaun aplikasi Telegram milik seorang jurutera syarikat swasta, Syafiq Aufa Mohd. Yusof, 35 bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.

Lebih menarik perhatian, individu berkenaan menghubungi wartawan Utusan Malaysia kira-kira pukul 11.40 pagi tadi untuk meminjam wang, kononnya membayar hutang kawan.

“Saya nak pinjam duit RM2,000 untuk bayar hutang kawan. Janji saya akan bayar duit awak selewat-lewatnya 10 pagi esok (Sabtu),” tulisnya dalam aplikasi berkenaan.

Justeru, individu terbabit meminta wang tersebut dikreditkan ke dalam akaun Maybank yang nombornya didaftarkan atas nama Mohd. Aniq Syahmi Ariffin.

Sementara itu, Syafiq Aufa memaklumkan bahawa sudah 30 kenalannya menghubunginya berhubung insiden berkenaan.

“Saya dimaklumkan oleh kenalan rapat bahawa mereka menerima mesej daripada scammer itu. Apabila mengetahui hal ini, saya cuba daftar masuk Telegram saya dan aplikasi tersebut memaklumkan bahawa Telegram saya sedang digunakan oleh beberapa pihak.

“Lepas solat Jumaat ini, saya akan buat laporan polis berhubung hal ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam masa sama, dia turut meminta semua kenalannya yang menerima mesej itu untuk membuat aduan rasmi kepada Telegram supaya tindakan segera boleh dibuat oleh pemilik media sosial berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya