Remaja dipenjara dua tahun rancang serangan maut di sekolah

Remaja dipenjara dua tahun rancang serangan maut di sekolah

PEGAWAI polis membawa objek termasuk beberapa senjata seperti lembing, pisau, parang, busur silang dari rumah suspek di Essen, Jerman pada 12 Mei 2022.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang remaja dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di Jerman kerana merancang satu serangan maut ke atas sekolahnya sendiri.

Kata Jurucakap Mahkamah Tinggi Duesseldorf, remaja berusia 17 tahun itu didapati bersalah merancang tindakan keganasan serius yang membahayakan negeri. 

Pendakwa raya Jerman sebelum ini berkata, remaja itu, dinamakan sebagai Jeremy R., merancang serangan bermotifkan pelampau sayap kanan pada 13 Mei 2022.

Perancangan pembunuhan beramai-ramai menggunakan bahan letupan dan pelbagai senjata lain bagaimanapun dihalang apabila remaja itu ditahan polis sehari sebelumnya.

Berdasarkan perancangan Jeremy, guru-guru dan bilangan murid yang ramai akan dibunuh dalam serangan itu, kata pendakwa raya.

Jeremy yang berusia 16 tahun pada waktu penahanannya didakwa  memperoleh bahan yang diperlukan untuk memasang bom paip dan mendapatkan maklumat di internet mengenai cara-cara membinanya.

Dia juga memasang senjata termasuk pisau, buku jari tembaga, parang, busur silang dan anak panah serta senjata api, kata pendakwa raya.

Kejadian tembakan di sekolah adalah jarang berlaku di Jerman yang mempunyai  undang-undang senjata api yang paling ketat di Eropah.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya