Rawatan tulang terbaik melalui Perubatan Tradisional Cina

Rawatan tulang terbaik melalui Perubatan Tradisional Cina

rawatan tulang
Robert Kiyosaki, pengarang buku terlaris "Rich Dad Poor Dad" meletakkan kepercayaan kepada Master David Tan (kanan) untuk merawat masalah sakit tulangnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat Perubatan Tradisional Cina (TCM), Best Osteo Sdn. Bhd,, merancang untuk membuka enam hingga tujuh pusat terapi TCM di Malaysia sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan perniagaannya dalam jangka masa lima tahun.

 Pengasasnya Master David Tan berkata, industri TCM di Malaysia telah berkembang pesat, terutamanya sejak penularan Covid-19.

 Pakar perubatan Cina yang sebelum ini merupakan jurutera elektronik itu menjangkakan pengembangan TCM pada 2023 akan menjadi lebih ketara berbanding tahun sebelumnya.

 Menurut Emergen Research, pasaran TCM global mencecah AS$18.8 bilion pada 2021 dan dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) sebanyak 11.9 peratus bermula 2022 hingga 2030.

 Analisis firma itu menunjukkan peningkatan penyakit tingkah laku kronik dan penyakit kanak-kanak yang berkemungkinan menjadi pemacu pertumbuhan pendapatan di peringkat global.

 Tan yang pernah merawat selebriti seperti Robert Kiyosaki, pengarang buku terlaris “Rich Dad Poor Dad”- percaya bahawa rawatan TCM akan terus berkembang popular akibat wabak itu.

 Beliau berkata ramai kanak-kanak dan orang dewasa mengalami masalah kronik akibat wabak itu, termasuk kebimbangan postur dan posisi duduk, serta masalah sakit bahu.

 ” Masalah ini adalah isu biasa sekarang kerana mereka bekerja atau bersekolah dari rumah. Orang ramai berminat dengan TCM untuk pencegahan dan rawatan bagi meningkatkan kesihatan dan gaya hidup mereka, untuk menjimatkan wang dalam jangka panjang,” katanya.

 Tan menjelaskan, terapi postur Cina bukan sahaja berfungsi untuk mengubah struktur rangka badan, tetapi juga keadaan dalaman bagi meningkatkan keyakinan diri.

“Kami bukan sahaja memulihkan postur pesakit, tetapi kami juga membetulkan pelbagai penyakit dalaman yang disebabkan oleh masalah postur mereka. Secara dalaman, prosedur TCM digunakan untuk mengimbangi qi dan darah dalam organ dalaman, mengurangkan banyak kecederaan dalaman yang disebabkan oleh postur yang lemah.

“Secara luaran pula, prosedur osteopati digunakan untuk membetulkan postur yang mana secara beransur-ansur boleh mengembalikan badan ke kedudukan normal,” katanya.

Best Osteo, yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, mempunyai kepakaran dalam kiropraktik, penjajaran tulang, akupunktur, dan urutan TCM, tanpa memerlukan pembedahan, bius, pil dan ubat, namun mampu meningkatkan kualiti hidup dan gangguan sakit tertentu.

Tan mempunyai 15 tahun kepakaran TCM dan ijazah sarjana dalam akupunktur dari Universiti Perubatan Tradisional Cina Guanxi di China.

Beliau membuka pusat TCM di Kota Damansara dengan kira-kira 25,000 pelanggan, yang mana 95 peratus daripadanya adalah penduduk tempatan.

Syarikat itu merancang untuk membuka lokasi kedua tahun ini, di Mont Kiara atau Bukit Jalil, kata Tan.

Sementara itu beliau turut merancang untuk membuka cawangan di Pulau Pinang, Ipoh, Johor, Sabah dan Sarawak.

Tan menganggarkan bahawa setiap pusat akan menelan belanja antara RM250,000 dan RM300,000.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi BEST OSTEO SDN BHD di talian 011-29580111. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya