Polis terima dua lagi laporan kes amang seksual libatkan seorang doktor - Utusan Malaysia

Polis terima dua lagi laporan kes amang seksual libatkan seorang doktor

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Polis menerima dua lagi laporan melibatkan seorang doktor di  hospital daerah ini yang ditahan berkaitan kes amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di bawah umur, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa berusia 8 dan 9 tahun itu tampil membuat laporan polis bersama penjaga masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, di sini.

“Kita terima lagi dua laporan daripada dua mangsa yang mendakwa dicabul pegawai perubatan terbabit ketika kanak-kanak perempuan itu menerima rawatan di hospital sama. 

“Kedua-kedua mangsa mendakwa kejadian itu berlaku sejak awal Januari lalu dan kita sedang menyiasat sama ada kedua-dua kanak-kanak ini menjadi mangsa amang seksual secara fizikal sama seperti mangsa pertama yang membuat laporan pada minggu lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, kesemua mangsa dirujuk ke Pusat Siasatan Khas Polis Bahagian Siasatan Kanak-kanak D13 Kontinjen Terengganu.

Pada Jumaat lalu, doktor yang berusia 30 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu kes cabul terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang juga merupakan pesakitnya. 

Kanak-kanak yang mengidap diabetes tersebut mendakwa pegawai perubatan itu membuka baju serta meraba dadanya, selain suspek turut merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbitnya ketika menerima rawatan di bilik rawatan wad hospital tersebut, pada Rabu lalu. 

Pegawai perubatan itu kemudiannya ditahan pada Khamis lalu susulan laporan polis dibuat ibu bapa kanak-kanak itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya