PN gagal batalkan petisyen keputusan PRU15 Parlimen Marang - Utusan Malaysia

PN gagal batalkan petisyen keputusan PRU15 Parlimen Marang

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini menolak permohonan Perikatan Nasional (PN)  untuk membatalkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum PRU-15 (PRU15) bagi  Parlimen Marang.

Menurut peguam yang mewakili PN,  Wan Rohimi Wan Daud, hakim Hassan Abdul Ghani turut memerintah Ahli Parlimen, Abdul Hadi Awang membayar kos perundangan sebanyak RM20,000 kepada pihak  pempetisyen Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Katanya, keputusan tersebut dibacakan oleh hakim menerusi sesi aplikasi zoom pada pagi tadi.

“Bantahan awal ditolak dan plantif perlu membayar kos perundangan sebanyak RM20,000,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Rohimi memberitahu, hakim juga menetapkan perbicaraan penuh bagi petisyen kawasan Parlimen Marang akan bermula pada 6 Mac sehingga 21 Mac depan.

Sementara itu, peguam yang mewakili UMNO  Terengganu, Amin Othman pula berkata, hakim menolak semua alasan permohonan bantahan awal yang dikemukakan PN.

Menurutnya, antara alasan tersebut termasuk had masa pengemukaan memfailkan petisyen seperti yang ditetapkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Semua alasan ditolak hakim mahkamah tinggi biarpun  sebelum ini mahkamah menolak permohonan petisyen Masjid Tanah, tapi untuk Marang, hakim tidak terima.

“Bagi tempoh had masa hakim menolak dengan alasan kerana pembacaan perlu dibaca secara berasingan dan hakim bersetuju tempoh 21 hari keputusan PRU15 diwartakan baru petisyen boleh difailkan dan bukan tempoh 28 hari selepas terima duit,” katanya.

UMNO Terengganu memfailkan petisyen membatalkan kemenangan di tiga kawasan Parlimen membabitkan Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman pada 3 Januari lepas.

Petisyen masing-masing  difailkan oleh calon BN pada PRU15 iaitu Jasmira Othman (Marang), Mohd. Zubir Embong (Kuala Terengganu) dan Ahmad Said (Kemaman).

Bagaimanapun,  keputusan petisyen PRU bagi Parlimen Kemaman dijangka diketahui petang ini, manakala Parlimen Kuala Terengganu pula pada 17 Februari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya