Maritim Malaysia rampas 410,000 batang rokok seludup - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia rampas 410,000 batang rokok seludup

KHAIRULANUAR Abd. Majid (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Maritim Malaysia Terengganu mematahkan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 410,000 batang rokok putih yang bernilai hampir RM250,000 dalam Op Serop di muara Sungai Besut, dekat di sini, hari ini.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, rampasan itu hasil serbuan ke atas sebuah lori di kawasan muara sungai itu pada pukul 3 pagi.

Menurutnya, kegiatan itu dipercayai didalangi rakyat tempatan yang dipercayai mengambil bekalan rokok putih tersebut dari negara jiran di tengah laut untuk pasaran tempatan.

“Sebelum serbuan, sebuah bot gentian kaca dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum suspek meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Pasukan berasingan kemudian menyerbu sebuah lori di kawasan muara dipercayai untuk mengambil bekalan rokok dari bot terbabit.

“Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa bungkusan plastik berisi rokok putih yang ditinggalkan suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Terengganu, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Khairulanuar, sindiket penyeludupan rokok putih secara haram disyaki semakin berleluasa di negeri itu susulan permintaan tinggi di pasaran semasa.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 yang mana lebih tinggi. –  UTUSAN

Tamat.

KHAIRULANUAR Abd. Majid (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas di Muara Sungai Besut, Besut, hari ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya