MANCHESTER: Manchester United berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, sebentar tadi.
Beraksi dihadapan penyokong sendiri, Red Devils tidak menunggu lama untuk berada didepan menerusi jaringan Bruno Fernandes seawal minit ketujuh dengan menyempurnakan sepakan penalti.
Penyerang sensasi United, Marcus Rashford menggandakan kedudukan buat United pada minit ke-62.
Begitupun, disebalik kegembiraan gol itu, United ditimpa malang apabila Casemiro dilayangkan kad merah pada minit ke-70 selepas pengadil melihat semula kekasaran dilakukannya ke atas Will Hughes menerusi video bantuan pengadil (VAR).
Peluang berlawan dengan 10 pemain, digunakan oleh Crystal untuk merapatkan kedudukan hasil ledakan Jeffrey Schlupp minit ke-76 namun kebangkitan itu sudah terlewat untuk menyekat kemenangan United.-AGENSI