Jualan Januari Perodua naik 23 peratus - Utusan Malaysia

Jualan Januari Perodua naik 23 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jualan Perodua pada Januari 2023 melonjak 23 peratus kepada 21,449 unit yang didaftarkan berbanding 17,444 unit pada bulan pertama 2022 disebabkan syarikat kereta kompak itu meneruskan tumpuannya kepada pengeluaran dan penghantaran maksimum.

Dari segi pengeluaran, Perodua menghasilkan 24,590 unit pada Januari tahun ini, peningkatan sebanyak 40.2 peratus daripada 17,538 unit yang dikeluarkan pada Januari 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pada Januari tahun lepas telah berlakunya banjir, kekurangan bekalan cip semikonduktor, isu tenaga kerja dan kekurangan alat ganti lain sekali gus telah menghalang pengeluaran dan jualan.

“Namun, peningkatan dalam volume bagi kedua-dua pengeluaran dan jualan telah menunjukkan bahawa ekosistem sedang berjalan seperti yang dirancang.

“Perodua kekal komited kepada matlamat penghantaran kenderaan kepada para pelanggannya secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti atau keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Perodua menyasarkan untuk mendaftar 314,000 unit dan mengeluarkan 330,000 unit untuk keseluruhan tahun ini.

“Selain memberi tumpuan untuk menyelesaikan pesanan tertunggak, kami juga akan melancarkan Perodua Axia Serba Baharu tidak lama lagi untuk terus mengujakan pasaran. 

“Kami percaya cadangan nilai kami akan diterima baik oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Mengenai Perodua Axia Serba Baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, jelasnya, syarikat itu telah menukar hampir semua tempahan terdahulu model Axia semasa kepada model yang baharu.

“Penasihat jualan kami telah menghubungi para pelanggan untuk memaklumkan mengenai pertukaran Perodua Axia Serba Baharu dan kebanyakan mereka bersetuju untuk menukar kepada model baharu tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya