Erdogan disorak penduduk, Presiden Syria baru lawat kawasan

Erdogan disorak penduduk Turkiye, Presiden Syria kali pertama lawat kawasan gempa

RECEP Tayyip Erdogan disorak penduduk ketika membuat lawatan mangsa gempa bumi di Adiyaman, Turkiye. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALEPPO: Reuters melaporkan Presiden Syria, Bashar al-Assad, berada di Aleppo untuk melakukan lawatan pertamanya ke kawasan yang dilanda gempa bumi di negara itu.

Gambar dalam media sosial yang dikongsi oleh pejabatnya hari ini menunjukkan Bashar dan isterinya di Hospital Universiti Aleppo, melawat orang yang cedera dalam gempa bumi dahsyat yang membunuh lebih 21,000 orang.

BASHAR al-Assad (kanan) melawat seorang wanita tua di hospital universiti Aleppo, Syria. -REUTERS

Dalam pada itu, Duta Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bassam Sabbagh, berkata, rejim itu harus bertanggungjawab untuk penghantaran semua bantuan ke Syria termasuk kawasan yang bukan di bawah kawalan kerajaan Syria.

Di Turkiye pula, Presidennya, Recep Tayyip Erdogan disorak penduduk ketika membuat lawatan ke tempat gempa bumi di Adiyaman hari ini.

Penduduk Adıyaman, Mehmet Yildirim ketika ditemui wartawan berkata, dia tidak melihat sesiapa (pasukan penyelamat) sehingga pukul 2.00 petang (waktu tempatan) pada hari kedua gempa bumi.

“Tiada kerajaan, tiada negeri, tiada polis, tiada askar. Malulah awak! Awak tinggalkan kami sendiri.”

Sukarelawan, Hediye Kalkan yang mengembara hampir 150 kilometer untuk membantu usaha menyelamat dan pemulihan Adıyaman turut mempersoalkan peranan Erdogan.

“Mengapa ketua negara ini tidak menunjukkan dirinya pada hari seperti ini?

“Orang ramai membawa keluar mayat saudara mereka dengan cara mereka sendiri,” katanya.

Terdahulu, Erdogan mengakui kekurangan dalam pengendalian kerajaan terhadap bencana itu, namun kini berfungsi seperti biasa.

Beliau turut mengumumkan hari berkabung nasional selama tujuh hari bermula Isnin lalu dan tempoh darurat bagi 10 wilayah Turkiye selama tiga bulan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya