Empat nelayan asing, seorang tekong tempatan berpaut pada bot karam 10 jam - Utusan Malaysia

Empat nelayan asing, seorang tekong tempatan berpaut pada bot karam 10 jam

EMPAT nelayan asing dan seorang tekong tempatan yang diselamatkan dalam kejadian bot karam di perairan Kerteh, Kemaman, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Empat nelayan warga asing dan seorang tekong tempatan terpaksa berpaut pada bot mereka yang hampir karam lebih 10 jam di perairan Kerteh, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, kesemua mangsa berusia 21 hingga 53 tahun itu berjaya diselamatkan dua buah bot tunda kira-kira pukul 10.23 pagi tadi, pada kedudukan 3.6 batu nautika dari Pelabuhan Kerteh.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada dua buah bot tunda yang terserempak dengan nelayan itu, kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

“Difahamkan, empat nelayan warga Myanmar dan tekong warga tempatan itu sedang dalam perjalanan dari Jeti Nelayan Kuantan menuju ke Pulau Tenggol dekat sini.

“Bot yang mereka naiki itu tiba-tiba mengalami kerosakan pada sistem pam kira-kira pukul 12 tengah malam tadi menyebabkan bot yang mereka naiki dipenuhi air dan hampir karam,” katanya.

Rashidilhadi berkata, Bot Penggalang Maritim digerakkan ke lokasi kejadian sejurus men di perairan Kerteh, dekat sini, semalam.

“Kesemua nelayan itu telah dibawa dua bot tunda tersebut ke Jeti Pelabuhan Kerteh.

“Nelayan tersebut kemudian diberikan rawatan oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya