Dr. Mahathir bersama 12 pemimpin lain tinggalkan Pejuang

Dr. Mahathir bersama 12 pemimpin tinggalkan Pejuang

dr mahathir
Dr. Mahathir Mohamad keluar dari parti Pejuang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak bersetuju dengan tindakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil keputusan keluar daripada parti yang diterajui anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.

Perkara itu disahkan oleh bekas ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Abu Bakar mengesahkan 13 pemimpin Pejuang, termasuk Dr. Mahathir dan dirinya meletak jawatan serta keahlian serta-merta.

“Kami keluar sebab tidak boleh terima Pejuang keluar GTA, kami nak GTA,” kata bekas setiausaha politik Mahathir itu kepada FMT.

Turut meninggalkan Pejuang bersama bekas Perdana Menteri itu adalah Timbalan Presidennya, Marzuki Yahya; bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan, Afiqah Mohamad, Nurhairi Rahmat, Fyzul Adzwan Mustafa Kamal, Mohamad Jani, Ahamed Basheer, Azman Mohd Hashim, Mohd Jefrie Hussin, Armin Baniaz Pahamin dan Wan Azliana Wan Adnan.

Menurut Abu Bakar, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah menerusi surat yang ditandatangani semua pemimpin terbabit.

Dalam surat itu, mereka menyuarakan kekecewaan terhadap Pejuang memutuskan hubungan dengan GTA, yang secara tidak langsung menyingkirkan mereka sebagai penggerak perjuangan gabungan itu.

Mahathir menubuhkan Pejuang pada 2020 selepas meninggalkan Bersatu, yang ditubuhkannya pada 2016 selepas keluar UMNO.

Pada Ogos lalu, Dr. Mahathir mengumumkan penubuhan GTA, yang dianggotai Pejuang bersama dua parti kecil dan profesional Melayu untuk bertanding dalam PRU15.

Namun semua calon Pajuang tewas dan hilang wang deposit termasuk Dr. Mahathir dan Mukhriz.

Ekoran itu pada 16 Dis lalu, DR. Mahathir melepaskan jawatan pengerusi Pejuang, tetapi bekas perdana menteri itu kekal sebagai ahli dan pengerusi GTA.

Namun pada 14 Januari lalu, Mukhriz selaku Presiden Pejuang mengumumkan menarik diri daripada GTA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya