Budak 2 tahun hilang ditemukan selamat kurang 24 jam

Budak 2 tahun hilang ditemukan selamat kurang 24 jam

MANGSA ayahnya sejurus anggota bomba dan unit K9 Bomba menemukan kanak-kanak tersebut dari jarak 2km dilaporkan hilang di ladang sawit Kuari Batu Perigi, Jalan Kampung Perigi, Sematan, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDU: Perasaan bimbang sepasang suami isteri akan nasib anaknya yang dilaporkan hilang dalam ladang sawit bertukar lega apabila ditemui selamat oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), di sini kurang daripada 24 jam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kanak-kanak tersebut ditemuikan selamat dari jarak 2 kilometer mangsa dilaporkan hilang dan tiada cedera yang teruk pada badan mangsa.

“Pasukan penyelamat telah menemukan kanak-kanak tersebut sekitar jam 1:14 petang tadi dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang kecederaan teruk.

“Operasi SAR tersebut juga dibantu bersama satu unit K9, sejak jam 9 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diperluaskan oleh dua pasukan penyelamat JBPM, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan kaedah ‘base line method’ dalam radius 3000m dari lokasi dikenal pasti mangsa hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata seramai 7 anggota pasukan penyelamat memulakan operasi SAR disekitar kawasan ladang kelapa sawit.

Semalam, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika bermain di belakang rumahnya di Kuari Batu Perigi dan dilaporkan kira-kira pukul 4.05 petang.

Mangsa disedari hilang oleh ibunya semasa sedang menunggu ayahnya pulang dari kerja di pondok Kuari Batu Perigi.

Mangsa kali terakhir dilihat oleh ibunya sedang bermain di luar kawasan pondok belakang rumah kongsi kuari berkenaan. Setelah menyedari mangsa tiada bersebelahan, ibu mangsa terus memanggil serta bergegas mencarinya dengan bantuan suami dan beberapa pekerja lain di sekitar kawasan berkenaan namun masih gagal dijumpai.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan kerjasama polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pekerja Kuari Batu Perigi.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya