28 NGO Malaysia mahu bantu mangsa gempa Turkiye, Syria

28 NGO Malaysia mahu bantu mangsa gempa Turkiye, Syria

TIMBALAN Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin (tengah) ketika melepaskan sukarelawan Mapim ke Turkiye di KLIA. - FOTO WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara ini menyatakan niat memberikan bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Kementerian Luar menerusi kenyataan, memaklumkan bahawa pihaknya membuat perbincangan dengan mereka hari ini dan mengalu-alukan penglibatan NGO terbabit dalam misi kemanusiaan di sana.

Lewat semalam, sebuah NGO tempatan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berlepas ke Turkiye dengan membawa bantuan yang juga disertai 11 aktivisnya sekali gus menjadi NGO pertama dari negara ini yang selamat tiba di negara itu dan akan berada di sana sehingga hujung bulan ini dengan misi memperuntukan dana sebanyak RM1 juta.

Mereka kemudian mengadakan mesyuarat koordinasi dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk penjajaran tugasan agar lebih jelas sistematik.

Mengulas lebih lanjut, Wisma Putra menambah, sesi perbincangan yang berlangsung itu bertujuan memberi penerangan situasi semasa di lapangan terutama zon terjejas gempa selain menyelaraskan usaha penyaluran bantuan secara teratur dan selamat agar tiada berlaku pertindihan dan pembaziran tenaga kerja.

Mana-mana NGO ujar Wisma Putra, yang ingin menyampaikan bantuan ke Turkiye dan Syria diseru supaya mendaftar dengan pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi e-mel [email protected].

Bagi organisasi yang mahu menyertai misi ke sana pula, maklumat butiran delegasi serta senarai bentuk bantuan dan peralatan dibawa perlu dimaklumkan melalui e-mel tersebut.

Sementara rakyat yang ingin menderma, Tabung Bencana Gempa di Turkiye dan Syria di bawah seliaan Tabung Bencana Kementerian Luar bakal dilancar dalam masa terdekat dan sumbangan orang awam  itu akan disalurkan terus kepada pihak kerajaan terbabit untuk kepentingan rakyat mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya