Tiru imej Aina Abdul? Tidaklah 100 peratus - Ayu Damit - Utusan Malaysia

Tiru imej Aina Abdul? Tidaklah 100 peratus – Ayu Damit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ayu Damit, menafikan kecenderungannya menggayakan rekaan Avant Garde atau busana sarat sebelum ini kerana mahu meniru penyanyi, Aina Abdul yang sinonim dengan imej itu.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, dia menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada penata gaya untuk memastikan dirinya tampil menarik ketika membuat persembahan atau menghadiri acara hiburan.

“Sebagai selebriti, penampilan atau imej adalah perkara paling utama perlu titikberatkan supaya kita nampak lebih menonjol di mata khalayak. Tetapi, untuk meniru imej orang lain 100 peratus rasanya tidak.

“Mahu atau tidak, ia bergantung pada penata gaya yang menjaga bab itu. Pada kebanyakan masa, penata gaya akan menilai untuk menyesuaikan gaya mengikut karakter artis tersebut.

“Jika tidak menggunakan khidmat penata gaya, penampilan saya mungkin akan nampak biasa,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Bagaimanapun, kata penyanyi yang dicungkil menerusi program One In A Million musim kedua ini, untuk 2023 , dia memilih imej yang seiring dengan penghasilan single terbaharunya, Kejam.

Katanya, dia kini lebih selesa untuk tampil dengan imej minimalis, selain lebih berhati-hati agar tidak dilabel sebagai mangsa fesyen lagi.

“Saya lebih berhati-hati dari sudut pemilihan busana. Saya banyak terima nasihat dan teguran daripada kawan-kawan, sama ada dalam mahupun di luar industri.

“Mereka tidak mahu saya terlalu ambil mudah mengeluarkan produk tanpa memikirkan kesannya dan ini merangkumi soal fesyen serta imej,” katanya.

Ditanya sama ada dia tersinggung dengan kritikan netizen terhadap imejnya selama ini, kata Ayu, dia menerima segala nasihat dan teguran yang membina.

“Saya akui, tidak pandai sangat hal berkaitan fesyen. Siapa yang mengenali tahu saya jujur dalam memberikan pandangan. Personaliti saya juga agak kasar dan lebih suka bergaya ringkas.

“Kalau sesuai, saya akan pakai asalkan tidak mencolok mata. Apa orang cakap, saya tidak ambil kisah. Cuma, saya akan berhati-hati,” katanya.

Berkongsi mengenai lagu terbaharu, penyanyi itu berkata, Kejam merupakan single kelima yang dihasilkan selepas Permata pada 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya