TIdak wajar tarik balik semakan keputusan kes Pulau Batu puteh

TIdak wajar tarik balik semakan keputusan kes Pulau Batu puteh

Pulau Batu Puteh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan berpendapat tindakan untuk menarik balik kedua-dua Permohonan Semakan ke atas keputusan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan serta Permintaan Tafsiran ke atas keputusan yang sama adalah tidak teratur dan tidak wajar.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, pandangan tersebut adalah susulan pembentangan Laporan Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (Pasukan Petugas Khas) di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Januari lalu.

“Walau bagaimanapun, kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes ini yang diputuskan pada 23 Mei 2008 lalu dan Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji syor-syor yang dibuat oleh Pasukan Petugas Khas tersebut.

“Ia termasuklah isu berkaitan dengan ‘tort misfeasans’ dan akan mengambil tindakan yang perlu bagi melaksanakan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pada pada 15 Oktober 2022, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan keputusan penarikan balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 2018 melibatkan Batu Puteh dibuat atas nasihat pegawai dilantik iaitu bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Tun Mahathir juga mendakwa, pelantikan Mohamed Apandi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara dilihat mempunyai konflik berkepentingan.

Mengulas lanjut, Idrus berkata, isu Batu Puteh merupakan isu yang sangat penting kerana ia melibatkan kepentingan strategik dan kedaulatan negara.

“Dalam hal ini, kerajaan akan terus memastikan kepentingan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara,” tegas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya