Tiada diskriminasi terhadap atlet profesional ke Sukan Olimpik

Tiada diskriminasi terhadap atlet profesional ke Sukan Olimpik

Pelumba basikal trek negara negara, Datuk Azizulhasni Awang antara atlet yang disasarkan mampu layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sokongan dan bantuan tanpa berbelah bahagi menanti mana-mana atlet negara yang dilihat berpotensi bukan sahaja mampu layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, namun membutirkan pingat emas yang sekian lama menjadi idaman Malaysia sejak mula menyertai temasya itu pada 1957.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan program yang dinamakan “Gold Paris” itu adalah sebahagian daripada program Podium, tetapi pengkhususan kepada persiapan atlet negara menghadapi temasya sukan terbesar dunia itu pada tahun hadapan.

Program “Gold Paris” ini dikelaskan kepada dua kelompok atlet, iaitu yang mampu layak serta yang berpotensi menghadiahkan pingat emas.

Jawatankuasa program ini akan melihat barisan atlet yang dilihat sebagai prospek negara, termasuklah atlet profesional yang tidak bernaung dengan badan sukan kebangsaan, contohnya badminton.

Antara kelebihan yang dinikmati bukan sahaja dari sudut sains sukan dan perbelanjaan, malahan program ini juga sedia membekalkan jurulatih terbaik dunia untuk mana-mana atlet yang berpotensi meraih pingat di temasya sukan itu nanti.

Ia bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan sebelum ini menerusi program podium, atlet seperti Cheong Jun Hong dari sukan terjun diizinkan kembali mendapatkan sentuhan jurulatih berpengalaman, Yang Zhu Liang serta Cheah Liek Hou menerusi para badminton diberikan latihan oleh bekas pemenang Piala Thomas 1992, Rashid Sidek.

“Kita pernah melakukan perkara yang sama, selagi kita melihat potensi mana-mana yang boleh menyumbang pingat, kita akan cuba untuk membantu mereka supaya pingat tersebut tidak terlepas daripada apa yang kita harapkan, sehabis baik kita akan cuba bantu.

“Semua orang akan mendapat bantuan, dan mereka akan dapat lebih daripada apa yang mereka peroleh sekarang, pengkhususan kepada keperluan mereka sendiri, itu yang kita akan bincangkan,” jelas Shapawi.

Bagaimanapun Shapawi enggan menamakan atlet yang telah pun berada dalam senarai tersebut memandangkan kelayakan untuk kebanyakkan sukan ke temasya tersebut baru sahaja bermula.

Perincian itu dijangka akan dimuktamadkan selepas Jawatankuasa Program “Gold Paris” bersidang hujung bulan ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya