Terbuka Malaysia : Soon Huat-Shevon mahu tamatkan badi

Terbuka Malaysia : Soon Huat-Shevon mahu tamatkan badi

GOH Soon Huat-Shevon Lai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gandingan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai berdepan misi serampang dua mata untuk pusingan kedua Terbuka Malaysia hari ini apabila perlu menewaskan gandingan Tembok Besar China, Zhang Si Wei-Hua Ya Qiong bagi menamatkan penantian ke suku akhir kejohanan ini.

Sejak digandingkan pada November 2016, Shevon dan Soon Huat masih belum berjaya mara sehingga ke suku akhir Terbuka Malaysia dalam lima percubaan mereka sebelum ini.

Tambah perit, lawan mereka, Si Wei dan Ya Qiong merupakan juara bertahan empat tahun berturut-turut Terbuka Malaysia sejak 2017.

Rekod lapan pertemuan sebelum ini juga tidak memihak kepada Soon Huat dan Shevon apabila mereka tewas kesemuanya kepada pasangan China itu.

“Kami juga telah tewas banyak kali, jadi dalam fikiran kami tiada apa yang rugi malah dalam diri ini terdapat api untuk balas dendam.

“Kami sentiasa ada keyakinan bahawa satu hari nanti kami mampu menewaskan mereka. Jadi, kami akan beri yang terbaik nanti,” jelas Soon Huat.

Bagaimanapun Shevon masih optimis mereka mampu untuk mencipta kejutan ke atas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu mengharapkan sokongan padu penyokong tempatan untuk memberikan motivasi tinggi dalam gelanggang.

“Pusingan kedua adalah tahap persaingan yang berbeza kerana kami akan menentang pasangan nombor satu dunia. Jadi, anda perlu berada pada tahap terbaik dari segi fizikal, teknikal, taktikal dan minda.

“Kekuatan mental anda mesti sentiasa kuat untuk mengatasi mereka kerana kami telah tewas kepada mereka beberapa kali, itulah sebabnya persiapan minda yang kuat adalah penting ketika menghadapi mereka,” kata Shevon.

Terdahulu, gandingan negara ini berjaya melepasi pusingan pertama kelmarin selepas menumpaskan pasangan Taiwan, Chang Ko Chi -Lee Chih Chen, 21 – 15, 21 – 13 dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya