Tempat kesembilan mampu ubat duka

Tempat kesembilan mampu ubat duka

PENJAGA Gol Malaysia, Muhammad Hafizuddin Othman (kanan) menyelamatkan pukulan bola pemain Sepanyol, Alvaro Iglesias pada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 Bhubaneswar - Rourkela, India di Stadium Hoki Kalinga di sini, kelmarin.-UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Penjaga gol Malaysia, Muhammad Hafizuddin Othman boleh mendabik dada dengan prestasinya meskipun gagal menewaskan Sepanyol pada aksi cross over Piala Dunia Hoki 2023 di Stadium Kalinga kelmarin.

Hafizuddin cemerlang dengan menghalang deretan percubaan berbahaya Sepanyol sepanjang tempoh 60 minit permainan selain menafikan dua penalti shoot-out selepas pasukan No.8 dunia itu.

Penjaga gol berusia 31 tahun dengan 89 kaps antarabangsa itu bertekad akan bangkit untuk merebut kedudukan paling baik iaitu tempat kesembilan bagi menebus kekecewaan gagal ke suku akhir.

“Walaupun tewas tetapi masih ada lagi aksi klasifikasi di Rourkela nanti. Kami akan bangkit dan dapatkan kedudukan terbaik di sana.

“Moral dan keyakinan pemain tetap tinggi kerana kami sudah buktikan boleh bermain biarpun menentang pasukan Eropah dan juga New Zealand. Kami terapkan kepercayaan dalam diri masing-masing,” katanya.

Mengulas mengenai kekalahan kepada Sepanyol, penjaga gawang dari Terengganu itu menyifatkan nasib tidak menyebelahi mereka biarpun sudah melakukan segala-galanya dalam perlawanan tersebut.

“Saya cuba selamatkan beberapa pukulan sudut penalti Sepanyol terutama pada minit-minit akhir. Saya juga sudah bersedia untuk shoot-out kerana tak boleh ingat menang dan kalah ditentukan dalam 60 mini sahaja.

“Saya fikir paling minimum nak selamatkan tiga shoot-out tetapi saya dapat dua sahaja. Saya anggap tiada nasib hari ini sebab kami semua sudah lakukan yang terbaik,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya