MELBOURNE: Aryna Sabalenka dan Elena Rybakina akan berentap di final Terbuka Australia bagi memburu kejuaraan Grand Slam berkenaan selepas menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir hari ini.
Sabalenka berjaya menempah tiket perlawanan akhir selepas menundukkan pemain bukan pilihan, Magda Linette 7-6 (7/1), 6-2 di Rod Laver Arena.
Manakala juara Wimbledon, Rybakina menundukkan Victoria Azarenka menerusi kemenangan 7-6 (7/4), 6-3 untuk beraksi di pentas final, Sabtu ini.
“Saya begitu gembira kerana berjaya meraih kemenangan ini,” kata pemain dari Kazakhstan itu. -AFP