PM bincang naiktaraf infrastruktur penjaja KL

PM bincang naiktaraf infrastruktur penjaja KL

ANWAR Ibrahim mengadakan perbincangan dengan DBKL bagi menaik taraf dan membangunkan infrastruktur penjaja. - GAMBAR FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menaik taraf dan membangunkan infrastruktur penjaja.

Dalam kenyataan di Facebook, Anwar berkata, perbincangan itu disertai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) di Kementerian Kewangan.

“Perbincangan itu melibatkan cadangan pembangunan dan naik taraf infrastruktur serta fasiliti penjaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Anwar turut memberi penghargaan kepada kumpulan penjaja dan peniaga kecil sebagai penyumbang ekonomi negara.

“Penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya