Piala Dunia: Belanda cipta rekod dunia belasah Chile 14-0

Piala Dunia: Belanda cipta rekod dunia belasah Chile 14-0

BELANDA menjaringkan 14 gol ketika menentang Chile pada Hoki Piala Dunia 2023 Bhubaneswar - Rourkela, India di Stadium Hoki Kalinga di sini, hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Gergasi No.3 dunia, Belanda mempamerkan taring sebenar apabila memperbaharui rekod dunia dengan kemenangan 14-0 ke atas Chile pada aksi terakhir Kumpulan C, Hoki Piala Dunia 2023 sebentar tadi.

Pesta gol di Stadium Kalinga itu secara tidak langsung memecahkan rekod lama yang sebelum ini dipegang oleh Australia ketika membelasah Afrika Selatan 12-0 sewaktu edisi 2010 di New Delhi, India.

Jip Janssen menjadi penyumbang terbesar buat The Oranje apabila meledak empat gol dalam perlawanan itu diikuti kapten, Thierry Brinkmann dengan tiga gol.

Baki jaringan Belanda diperoleh menerusi dua jaringan Koen Bijen dan masing-masing satu daripada Derck de Vilder, Thijs van Dam, Terrance Pieters, Justen Blok dan Teun Beins.

Ia sekali gus mengesahkan naib juara edisi 2014 dan 2018 itu sebagai juara Kumpulan C dengan rekod kemenangan bersih daripada tiga perlawanan dan mara automatik ke suku akhir.

Situasi itu menggambarkan Belanda kini berada pada landasan paling tepat untuk menamatkan penantian bergelar juara dunia selepas kali terakhir melakukannya di laman sendiri pada edisi 1998 di Utrecht. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya