Pelajar sekolah cedera dilanggar kereta - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah cedera dilanggar kereta

Dilanggar kereta
MANGSA mengerang kesakitan selepas dilanggar sebuah kereta dekat Seksyen 24, di Shah Alam, Selangor, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang remaja berdepan detik cemas apabila dilanggar sebuah kereta ketika menunggang basikal di hadapan sebuah sekolah dekat Seksyen 24 di sini, dipercayai berlaku pada petang tadi.

Kejadian tersebut dirakam seorang pengguna media sosial yang kebetulan melalui jalan berkenaan dan mendapati pemandu kereta berkenaan memandu dengan laju di kawasan sekolah sehingga melanggar remaja berkenaan.

Kemalangan tersebut mengakibatkan remaja lelaki itu mengalami luka dan mengerang kesakitan selain basikal ditunggangnya rosak.

Berdasarkan video tersebut, terdapat dua anggota polis peronda yang tiba di lokasi kejadian.

“Remaja ini luka sedikit dan kebetulan semasa kejadian, ada dua polis peronda yang lalu di situ. Kes telah selesai dan remaja itu luka sedikit tapi tak pasti dia cedera di bahagian mana,” jelas keterangan video itu.

Orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian turut membantu remaja malang itu dan dalam masa sama perakam video berkenaan menasihati pemandu kereta terbabit supaya tidak memandu dengan laju ketika melalui kawasan sekolah.

“Walaupun kereta dipandu tidak laju, tetapi impak kemalangan itu agak kuat. Basikal remaja itu remuk dan begitu juga salah satu cermin kereta pecah,” ujarnya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya