PAU 2022: Usul tambahan bertentangan perlembagaan UMNO

PAU 2022: Usul tambahan tidak pertandingkan dua jawatan tertinggi bertentangan perlembagaan UMNO

pau2022
Sebahagian ahli perwakilan UMNO yang hadir menyanyikan lagu UMNO sebelum bermula Ucapan Dasar oleh Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Usul tambahan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan yang dicadangkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) bertentangan dengan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Parkara 10 Peraturan Persidangan.

Oleh itu, Perwakilan UMNO Johor yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad berkata, usul itu tidak sempurna dan tidak boleh diteruskan hari ini.

Katanya,  usul itu sepatutnya dibawa secara berasingan, bukan serentak dengan usul Ucapan Dasar Presiden.

“Saya  pelik, macam mana usul tambahan ini boleh diterima dan dibahaskan. Mungkin UMNO sekarang dah jadi parti asal boleh saja agaknya.

“Merujuk Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan, saya dapati usul yang dibawa semalam tidak sempurna dan tidak boleh diteruskan di dalam PAU kali ini.

“Ia perlu dimurnikan mengikut perlembagaan dan peraturan mesyuarat. Jika tidak pasti, silalah rujuk sendiri,” katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden, hari ini.

Semalam, cadangan usul tambahan itu dikemukakan wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Shamsudin ketika berucap sebagai pencadang usul Ucapan Dasar Presiden, namun mendapat reaksi berbeza daripada perwakilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya