Pasangan suami isteri maut gudang mercun meletup

Pasangan suami isteri maut gudang mercun meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebuah gudang menyimpan mercun di Tamil Nadu, selatan India meletup sehingga mengorbankan empat mangsa dan tujuh yang lain mengalami kecederaan, lapor The Indian Express.

Mangsa yang maut melibatkan pemilik gudang, Thillai Kumnar, 35, dan dua wanita lain yang merupakan ahli keluarga Kumar iaitu ibunya, Selvi, 55 serta isterinya, Priya, 28.

Bagaimanapun, anak perempuannya berusia empat tahun terselamat dan tidak mengalami kecederaan semasa letupan kuat pada pukul 4 pagi.

Seorang lagi mangsa adalah jiran wanita berusia 70 tahun yang turut terkorban akibat letupan itu.

Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di hospital kerajaan.

Letupan turut menyebabkan 16 kediaman di Mohanur, wilayah Namakkal mengalami kerosakan.

Pegawai bomba memaklumkan pihaknya terpaksa mengambil masa hampir dua jam bagi memadamkan kebakaran disebabkan gudang tersebut turut menyimpan tangki gas.

Katanya, punca letupan masih dalam siasatan dan pihaknya turut berasa hairan dengan pemilik gudang berlesen kerana menyimpan mercun di dalam rumahnya.

Susulan itu, Ketua Menteri Tamil Nadu, M K Stalin menzahirkan simpati berhubung kematian tersebut dan mengumumkan bantuan dua lakh (RM10,000) kepada setiap ahli keluarga mangsa yang maut, manakala bantuan 50,000 rupee (RM2,000) bagi mangsa yang cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya