Nuha Marong sandaran TRW robek kubu lawan

Nuha Marong sandaran TRW robek kubu lawan

Nuha Marong Krubally jadi senjata pemusnah buat Kelantan FC.-IHSAN TRW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyerang Gambia, Nuha Marong Krubally sah menjadi sandaran The Red Warriors (TRW) untuk merobek ku lawan dalam saingan Liga Super musim ini.

Pemiliknya, Norizam Tukiman atau Zamburger berkata, penyerang berusia 29 tahun itu merupakan salah seorang daripada empat pemain import yang telah sah bersama TRW

“Nuha adalah penyerang tinggi lampai dan mempunyai tahap kecergasan memuaskan. Saya yakin beliau turut mempunyai sentuhan penyudah yang baik serta dapat memberi kelebihan kepada pasukan.

“Setakat ini beliau telah menunjukkan prestasi memberangsangkan sekali gus menggembirakan ketua jurulatih, Choi Moon Sik yang berpuas hati dengan corak permainannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zamburger turut memaklumkan, Kelantan FC sudah mengikat tonggak Filipina Andreas Campollo Esswein untuk mengisi kuota pemain import Asean.

Katanya, Esswein pernah bermain di Liga Perdana Lubnan dan Liga Bola Sepak Filipina selain berpengalaman di pentas AFC Champions League.

“Pada masa yang sama, TRW turut mengikat dua pemain muda dari Korea Selatan, iaitu Kim Ming Yu dan Kang Eui Chan yang pernah bermain di K-League 1

“Selain empat pemain itu, bekas pemain import Kelantan FC dari Sepanyol, Mario Arques Blasco mungkin akan kembali bersama keluarga TRW bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Norizam yakin Kelantan FC akan dapat melengkapkan kuota sembilan pemain import sebelum atau pada 5 Februari nanti, iaitu sebelum sepak mula Liga Super.

“Lima lagi pemain import yang bakal diuji adalah dari beberapa negara Afrika termasuk Nigeria. Kita juga sudah hampir melengkapkan senarai pemain tempatan dan kini menunggu masa untuk diumumkan secara rasmi.

“Kita merancang untuk mengumumkan keseluruhan pemain pada 15 Februari nanti di Kelantan. Tempat akan dimaklumkan kemudian namun berkemungkinan akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya