Muzik Barat lebih dekat di jiwa - Utusan Malaysia

Muzik Barat lebih dekat di jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH agak lama juga dia bergiat aktif dalam dunia seni suara, tetapi ramai yang tidak tahu akan kewujudannya. 

Tetapi itu tidak mengapa. Ia tidak mematahkan semangat untuk Amir Alif terus bertahan dan berkarya. 

Penyanyi yang lebih selesa menyanyikan lagu berbahasa Inggeris ini mula menceburi bidang nyanyian secara profesional di dalam industri ini sejak 2017. Sebelum itu hanya aktif buat persembahan nyanyian di sekolah. 

“Pada 2017, saya berjaya melancarkan single sulung berjudul Changed dan pada 2018 pula album mini berjudul Obscura. 

“Walaupun sudah mengeluarkan banyak lagu, saya masih belum dikenali dalam industri. Mungkin kerana penulisan lagu kebanyakannya dalam bahasa Inggeris dan alunan muzik lain daripada biasa.

“Sejujurnya, banyak kali rasa penat dan ada rasa ingin berhenti tetapi bila dapat galakan di media sosial daripada pendengar yang suka karya saya, terus rasa tak mahu berhenti mencuba,” cerita pemuda berusia 27 tahun ini. 

Menurut Amir, daripada 20 lagu yang diterbitkan setakat ini, cuma ada tiga lagu dalam bahasa Melayu. 

Kebanyakan lagunya adalah dalam bahasa Inggeris kerana dia lebih dipengaruhi oleh penulisan muzik Barat, jelasnya. 

“Masa zaman sekolah dulu, saya juga banyak mewakili sekolah untuk acara yang melibatkan bahasa Inggeris. Mungkin sebab itu saya lebih selesa untuk berkarya dalam bahasa itu.

“Saya percaya, bukan pendengar tak mahu terima apa yang sedang dilakukan, tetapi mungkin memang memakan masa untuk pendengar tempatan menerima karya saya dengan lebih terbuka,” katanya.

CABARAN LANCAR ALBUM PERTAMA

Pada 6 Januari lalu, Amir melancarkan album bertajuk Happy & Sad yang mengandungi sembilan lagu yang ditulisnya sendiri. Happy & Sad menceritakan tentang perjalanan hidupnya selama lima tahun berada dalam industri muzik. 

Amir memberitahu, album itu memberi gambaran tentang pembelotan, kekecewaan, kasih sayang dan penghargaan buat mereka yang terus berada bersamanya. 

“Cabaran untuk menyiapkan album ini adalah dari segi kewangan sebab untuk hasilkan sebuah album walaupun hanya ada sembilan lagu, memakan kos lebih RM30,000. 

“Selain itu, masa juga menjadi cabaran kerana saya bekerja dengan beberapa individu, jadi agak sukar untuk memastikan semua ada masa dan boleh siapkan kerja tepat pada masanya. 

“Saya gigih tulis lagu dan keluarkan album adalah untuk berkongsi pengalaman kerana saya tahu pasti ada orang lain yang pernah lalui apa saya lalui ini.
“Saya mahu orang ramai cuba untuk mengenali karya ini. Bagi yang sudah kenal diri ini, saya harap mereka akan terus menyokong dan menyebarkan karya saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya