Misi tangga ke-9, Malaysia kalah 3-6

Misi tangga ke-9 lebur, Malaysia kalah 3-6

PEMAIN Mohamad Ashran Hamsani (dua kiri) cuba memukul bola ke arah gawang gol Afrika Selatan pada perlawanan klasifikasi 9 hingga 16, Piala Dunia 2023 di Stadium Antarabangsa Birsa Munda, Rourkela, India hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA: Malaysia terpaksa menelan hakikat perit gagal menutup tirai Piala Dunia Hoki 2023 di kedudukan kesembilan selepas tumpas 3-6 kepada Afrika Selatan 3di Stadium Birsa Munda, sebentar tadi.

Speedy Tigers seperti masih tidak dapat melupakan kekalahan 3-4 menerusi penalti shoot out kepada Sepanyol di cross over minggu lalu apabila gagal menampilkan permainan sebenar dalam aksi klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16 itu.

Lebih malang, kekalahan itu mungkin boleh menjejaskan peluang Malaysia untuk mengekalkan ranking ke-10 dunia selepas tewas kepada Afrika Selatan yang berada di kedudukan lebih rendah iaitu No.18 dunia.

Beraksi dalam cuaca panas sepatutnya bukan alasan buat Malaysia yang dilihat gagal menyesuaikan diri seawal permainan hingga membenarkan Afrika Selatan meraih gol pertama menerusi Bradley Sherwood pada minit kesembilan.

Kekerapan memberikan pukulan sudut penalti kepada lawan juga mengundang padah apabila Afrika Selatan berjaya menggandakan kedudukan melalui Guy Morgan pada minit ke-17.

Peluang anak-anak buah A. Arul Selvaraj untuk bangkit tampak sukar apabila terus membenarkan Afrika Selatan ‘menguasai’ kawasan D dengan gol ketiga kali ini melalui Nqobile Ntuli pada minit ke-26.

Corak permainan lebih bagus ditampilkan di suku masa ketiga apabila berjaya mendapat empat pukulan sudut penalti dan meraih satu gol menerusi Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-35.

Bagaimanapun, juara Piala Negara-Negara FIH itu ‘membunuh’ semangat para pemain negara dengan dua gol untuk mendahului 5-1 menerusi Keenan Horne dan Mustaphaa Cassiem pada minit ke-43 serta 44.

Razie kemudiannya meledak gol kedua Malaysia (m-45) tetapi ia sudah terlewat apabila Afrika Selatan berjaya meraih jaringan keenam menerusi Sherwood pada minit ke-57.

Gol ketiga Malaysia menerusi Muhammad Firhan Ashari tidak membawa apa-apa makna apabila keputusan 6-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kini, Malaysia tiada pilihan dan perlu menang ke atas India atau Jepun dalam klasifikasi 13 hingga 16 esok untuk mengelak menjadi dua pasukan tercorot kejohanan.

Sebagai rekod, Malaysia pernah menduduki tempat ke-14 di The Hague, Belanda pada 2014, manakala edisi 2018 di Bhubaneswar pula di kedudukan ke-15 keseluruhan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya