Lapan maut, tiga cedera ditembak lelaki pada pesta harijadi

Lapan maut, tiga cedera ditembak lelaki pada pesta harijadi

PETA menunjukkan tempat kejadian tembakan rambang di majlis harijadi di Gqeberha, Afrika Selatan. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan belia yang menyambut hari lahir di sebuah perbandaran di Afrika Selatan menyebabkan lapan terbunuh dan tiga yang lain cedera.

Menurut laporan Al Jazeera, polis dalam kenyataan memberitahu, pemilik rumah itu meraikan hari lahirnya apabila dua lelaki bersenjata yang tidak dikenali memasuki halaman rumah dan melepaskan tembakan.

Kejadian itu, kata polis, berlaku di bandar pelabuhan selatan Gqeberha atau sebelum ini dikenali Port Elizabeth antara pukul 5.15 petang dan 5.30 petang waktu tempatan di sebuah rumah di Kwazakele.

Kata polis lagi, penyerang yang tidak dikenali itu menembak tetamu secara rawak.

Pemilik rumah adalah antara yang meninggal dunia.

Siasatan dilancarkan berhubung serangan itu dan polis berkata, usaha memburu suspek sedang dijalankan.

Tembakan rambang adalah perkara biasa di Afrika Selatan yang mempunyai salah satu kadar pembunuhan tertinggi di dunia, didorong oleh keganasan kumpulan dan alkohol.

Afrika Selatan tahun lalu menyaksikan peristiwa tembakan yang membunuh hampir puluhan mangsa di pinggir bandar kelas pekerja di Johannesburg dan di bandar timur Pietermaritzburg.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya