KKM lancar preskripsi ubat dalam tulisan Braille

KKM lancar preskripsi ubat dalam tulisan Braille

OKU Penglihatan, Rosni Saini menunjukkan Label Ubat Mesra OKU yang mempunyai keterangan ubat dalam tulisan Braille selepas majlis pelancaran label berkenaan di Kementerian Kesihatan Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memudahkan golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di negara ini menerusi pengenalan preskripsi atau label ubat dicetak menggunakan tulisan Braille.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, buat permulaan, insiatif baharu itu dilaksanakan di 250 klinik kesihatan di seluruh negara yang akan memanfaatkan seramai 55,000 OKU penglihatan.

Beliau berkata, inisiatif itu diwujudkan bagi memudahkan OKU penglihatan mendapat maklumat cepat dan tepat mengenai ubat dan preskripsi keatasnya.

“Golongan OKU sentiasa menjadi kumpulan keutamaan bagi KKM. Kita sentiasa memikirkan kaedah baru bagi memudahkan dan membantu rakan-rakan OKU dalam mencapai perkhidmatan kesihatan yang terbaik,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM, hari ini.

Katanya, menerusi inisiatif itu, label ubat yang diberikan kepada pesakit OKU penglihatan akan mempunyai tulisan Braille.

Dr. Zaliha berkata, preskripsi atau label ubat itu menjelaskan cara pengambilan atau dos ubat (misalnya dua biji ubat, tiga kali sehari).

Menurutnya, label ini turut mempunyai indikasi ubat yang menerangkan kegunaan ubat (contoh demam, batuk atau selesema).

“Malaysia antara negara terawal di Asia yang memperkenalkan label ubat yang mesra OKU penglihatan. Langkah ini selaras dengan matlamat di bawah Malaysian Patient Safety Goals 2.0 – Medication Safety: Medication without Harm.

“Tahniah kepada Program Perkhidmatan Farmasi atas usaha proaktif dan prihatin dalam memenuhi keperluan OKU penglihatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya