KKD, TikTok bekerjasama tingkat kesedaran jenayah siber

KKD, TikTok bekerjasama tingkat kesedaran jenayah siber

TEO Nie Ching (dua dari kanan) menyerahkan bantuan pasca banjir kepada salah seorang penerima di Taman Desa Tanjung Daman, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan bekerjasama dengan penyedia aplikasi TikTok untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap jenayah siber yang semakin berleluasa di negara ini.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, antara program yang dilaksanakan adalah ‘Stop For 3 Second’ pada bulan depan atau Mac ini.

Menurutnya, langkah tersebut diambil berikutan nilai kerugian akibat  jenayah siber di negara ini mencecah hampir RM600 juta pada tahun lalu.

“Kita sudah berjumpa penyedia platform seperti Tiktok, mereka setuju untuk menyampaikan mesej kepada pengguna mengenai jenayah siber  melalui program ‘Stop For 3 Second’  itu.

“Melalui program itu, pengguna boleh mendapat kesahihan sama ada maklumat yang diterima di media sosial atau telefon pintar itu tulen atau sebaliknya dalam masa tiga saat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pasca banjir di Taman Desa Tanjung Damai di sini, hari ini.

Nie Ching menambah, penyedia platform media sosial lain juga akan membantu mempromosikan talian hotline 997 iaitu Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

“NSRC adalah pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian yang beroperasi selama 12 jam pada setiap hari,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, KKD juga akan meneliti untuk mempercepatkan kebolehan capaian internet 100 peratus di seluruh negara di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Menurut Nie Ching, berdasarkan rancangan sedia ada, pihak kerajaan menjangkakan capaian internet  akan 100 peratus dapat dicapai sebelum tahun 2025.

“Namun kementerian mahu memastikan jurang capaian internet di kawasan luar bandar dan bandar boleh dipercepatkan bagi memastikan penduduk di pedalaman tidak ketinggalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya