Kerajaan, Razak Baginda rayu keputusan bayar RM5j

Kerajaan, Razak Baginda rayu keputusan bayar RM5j

SHAARIBUU SETEV dan ALTANTUYA SHAARIBUU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan tiga lagi telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta kepada keluarga bekas model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam Hashaan Zamani yang mewakili keluarga mendiang mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan pihaknya juga telah menerima sesalinan notis rayuan tersebut.

Beliau turut memaklumkan, Mahkamah Rayuan telah menetapkan 10 April ini untuk pengurusan kes kali pertama rayuan itu yang akan didengar oleh Timbalan Pendaftar, Norshakinah Ahmad Kamarudin.

Pada 9 dan 10 Januari lalu, pihak kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda masing-masing memfailkan notis rayuan mereka selepas tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Pada 16 Disember 2022, Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan kesemua defendan secara bersama membayar ganti rugi berjumlah RM5 juta kepada keluar mendiang.

Kesemua defendan juga masing-masing diperintahkan untuk membayar kos sebanyak RM25,000.

Saman tersebut difailkan oleh ibu bapa Altantuya,  Dr. Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007.

Mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, selain penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga dikeluarkan daripada senarai plaintif berikutan meninggal dunia pada 2017.

Keluarga itu mendakwa, kematian ahli keluarga pada 2006 itu menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, selain melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.

Seramai 26 saksi plaintif termasuk bapa Altantuya dan anak sulungnya, Bayarkhuu memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2019. Kerajaan pula mengemukakan tiga saksi, manakala Abdul Razak memilih untuk tidak memberi keterangan.

Defendan iaitu kerajaan mengemukakan tiga saksi dan Abdul Razak memilih tidak memberi keterangan bagi menjawab tuntutan saman terbabit. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya