Boleh ‘U-turn’ ke tak? - Utusan Malaysia

Boleh ‘U-turn’ ke tak?

Pusingan U
DUA papan tanda bertentangan yang mengelirukan pengguna jalan raya dekat Persiaran Jubli Perak berhampiran persimpangan Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17 di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Boleh buat pusingan ‘U’ ke tak?

Demikian kekeliruan dialami pengguna jalan raya dekat Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17 di sini apabila terdapat dua papan bertentangan yang mengelirukan di persimpangan lampu isyarat Jalan Senangin 17/2.

Lebih ironi apabila, dua papan tanda tersebut terletak dekat tengah-tengah pembahagi jalan berhadapan dengan Stor Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Seorang penduduk, Haris Abdul Hasan, 40 berkata, pihak berkuasa sama ada JKR atau Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kena turunkan salah satu papan tanda memandangkan kenderaan tidak lagi boleh buat pusingan ‘U’ dekat lampu isyarat yang sudah diubah suai pembahagi jalannya.

“Saya puji tindakan MBSA ini memasang lampu isyarat di persimpangan itu kerana nak mengelak berlakunya kemalangan jalan raya di situ, tapi tanggal papan tanda ‘U-turn’ itu.

“Sesetengah pengguna jalan raya ini jenis tak tengok sangat papan tanda ‘dilarang U-turn’ itu. Itu yang mereka masih pusingan U di situ,” katanya ketika ditemui di Seksyen 17, hari ini.

Tambahnya, tindakan MBSA tidak membuang papan tanda itu mengelirukan pengguna jalan raya di situ kerana dilihat ada yang membuat pusingan ‘U’ di persimpangan berkenaan.

Pemerhatian Utusan Malaysia di jalan berkenaan mendapati terdapat dua papan boleh buat pusingan ‘U’ yang terletak beberapa meter dari satu lagi papan tanda yang melarang pengguna jalan raya berbuat demikian.

Seorang lagi penduduk, Hasnah Amira, 27, berkata, lampu isyarat berkenaan sudah dipasang beberapa minggu lalu dan dia menyambut baik usaha yang dilakukan.

Sebelum lampu isyarat itu dipasang, sudah beberapa kali kemalangan jalan raya berlaku akibat kenderaan mahu membuat pusingan U di situ.

“Tapi papan tanda ‘U-turn’ itu turunkan cepat kerana ramai yang masih buat pusingan U di persimpangan berkenaan. Baru-baru ini, berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan sebuah motosikal, gara-gara membuat pusingan di situ,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya