Angkasawan Jepun mohon maaf palsu data projek

Angkasawan Jepun mohon maaf palsu data projek

SATOSHI FURUKAWA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang angkasawan Jepun memohon maaf secara terbuka di atas pemalsuan dan pertukaran data dalam projek penyelidikan yang diselianya sejak sedekad lalu.

Menurut laporan Xinhua, dalam sidang akhbar kelmarin, Satoshi Furukawa berkata, beliau diberi tanggungjawab untuk eksperimen yang dijalankan antara 2016 dan 2017 yang bertujuan mengkaji bagaimana tekanan terkumpul dalam tubuh manusia apabila orang biasa tinggal di ruang angkasa selama dua minggu.

Furukawa memberitahu, dalam eksperimen itu, sampel darah yang diambil daripada subjek sudah bercampur-campur. 

Penyelidikan itu, katanya, ditinggalkan pada 2019 dan beberapa data kemudiannya dipalsukan atau diubah.

“Saya memohon maaf dengan ikhlas kerana menjejaskan kepercayaan ramai,” katanya yang berusia 58 tahun.

Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) yang memberi tugasan kepada Furukawa untuk menyelia penyelidikan itu, mengeluarkan amaran tatatertib kepada angkasawan itu Selasa lalu.

Furukawa, orang Jepun ketiga yang berjaya menyelesaikan misi jangka panjang di angkasa lepas, dijadualkan untuk membuat penginapan kedua di Stesen Angkasa Antarabangsa tahun ini.

Beberapa eksekutif JAXA, termasuk Presiden Hiroshi Yamakawa, turut ditegur berhubung kes itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya