Ambil positif setiap teguran – Dayang Nurfaizah - Utusan Malaysia

Ambil positif setiap teguran – Dayang Nurfaizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI bersuara emas, Dayang Nurfaizah ,41, berpandangan seseorang penyanyi perlu menerima secara positif setiap teguran yang dilemparkan terhadap nyanyian atau mutu persembahan mereka. 

Kata Dayang, dia yakin, kritikan dan teguran tidak lain hanya akan menguatkan dan melahirkan penyanyi yang berkualiti dalam pelbagai aspek termasuk vokal dan persembahan. 

“Juri satu-satu pertandingan nyanyian ibarat pendidik, mereka kena tegas. Namun, dalam ketegasan tersebut, mereka kena tahu kaedah untuk seimbangkan antara positif dan negatif. 

Mereka perlu susuli kritikan itu dengan kaedah untuk memperbaiki kelemahan penyanyi yang mereka tegur. “Kalau seseorang juri itu menegur mana-mana peserta bermaksud mereka sayangkan peserta tersebut. Dia mahu penyanyi itu perbaiki kelemahan. 

“Nasihat saya, kita perlu pandang pada sudut positif apabila berdepan teguran. Di sebalik perkara negatif ada positifnya,” katanya. 

Mengulas tentang kelantangan penyanyi dangdut Mas Idayu menegur salah satu pasangan peserta rancangan Family Duo, Naim Daniel dan Sissy Iman baru-baru ini, Dayang memberikan jawapan tersendiri. 

“Saya faham dengan situasi yang dilalui kedua-dua pihak. Saya harap Sissy dapat menerima apa yang berlaku sebagai asam garam dunia seorang penyanyi. 

“Lihat pada sudut positif. Anggap sahaja teguran yang diterimanya itu sebagai nasihat Mas Idayu kepada dia dan Naim. 

“Saya faham, apabila mengikuti satu-satu pertandingan, hati kita rapuh. Saya harap, teguran tersebut dapat menguatkan jiwa dan emosinya. Insya-Allah,” katanya lagi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya