Adam Norrodin mahu kuasai 8 litar WSBK

Adam Norrodin mahu kuasai 8 litar WSBK

HAFIZH SYAHRIN (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MKA, Bruce Lee (tengah) dan Adam Norrodin pada majlis pengumuman penajaan Racing Boy di ibu pejabat MKA di Puchong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berpengalaman negara, Adam Norrodin mahu menggunakan masa yang ada untuk meneliti litar perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) sebelum turun bersaing pada aksi sebenar yang membuka tirai pada 24 Februari depan.

Adam yang beraksi bersama pasukan MIE MS Honda Racing bagi kelas SuperSport (WSSP) tersebut mengakui dia akan menghadapi kira-kira enam hingga tujuh litar baharu.

Justeru, Adam menegaskan dia bukan sekadar perlu menguasai litar baharu malah perlu serasi dengan jentera baharu Honda tersebut.

“Sasaran saya adalah untuk bersaing kelompok lima hadapan dan jika saya berjaya berada di pentas podium ia adalah bonus buat saya.

“Tetapi cabaran besar buat saya ketika ini adalah litar baharu yang belum pernah saya jejak lagi di WSBK. Saya akui bukan mudah untuk beraksi di sana terutama tahun pertama saingan WSSP ini.

“Jadi, saya perlu bekerja keras meneliti setiap litar yang akan saya turun bersaing. Tetapi dengan pengalaman di pentas Asia dan juga di MotoGP, saya yakin tiada masalah.

“Mungkin pada sesi latihan bebas pada Jumaat saya akan gunakan sebaik mungkin sebelum memburu tempat terbaik dalam kelayakan,” kata Adam yang akan memacu jentera Honda CBR600RR.

Ketika ditanya mengenai perancangannya menetap di Eropah, Adam mengakui dia memilih untuk kekal di Malaysia berikutan kalender perlumbaan WSBK tidak terlalu padat.

“Sebenarnya saya bercadang untuk menetap di Eropah sebelum ini tetapi melihat kepada jadual yang tak begitu padat saya memilih untuk kembali di Malaysia.

“Keputusan itu dibuat juga berdasarkan jadual latihan saya juga lebih teratur memandangkan kelengkapan latihan saya cukup lengkap di Malaysia

“Jika di Eropah, saya terpaksa mencari kelengkapan latihan seperti jentera, litar dan sebagainya. Segalanya saya perlu sediakan sendiri. Jadi, Malaysia adalah pilihan terbaik,” katanya.

Selain Adam, seorang lagi pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan tampil bersaing di kelas utama WSBK tahun ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya