1.6 juta tiket kereta api terjual sempena Krismas, Tahun Baharu - Utusan Malaysia

1.6 juta tiket kereta api terjual sempena Krismas, Tahun Baharu

SUASANA di Stesen Pasar Senen ketika cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu. - KAI     
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebanyak 1.6 juta tiket kereta api sudah terjual sempena cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu di Indonesia, setakat 30 Disember lalu.

Menurut PT Kereta Api Indonesia (KAI), jumlah itu merangkumi kira-kira 69 peratus daripada 2.4 juta tempat duduk disediakan bagi perjalanan jarak jauh bermula dari 22 Disember 2022 hingga 8 Januari ini. 

Sehubungan itu, Naib Presiden Komunikasi Korporat KAI, Joni Martinus berkata, masih terdapat baki ratusan ribu tiket belum terjual dan boleh dibeli oleh penduduk yang mahu melakukan perjalanan sehingga akhir tempoh berkenaan.

“Bilangan ini akan meningkat kerana jualan tiket kereta api masih berterusan.

“Oleh itu, kami berharap orang ramai merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya kerana masih ada banyak lagi tiket kereta api belum terjual untuk cuti perayaan berkenaan,” katanya sepertimana dilaporkan Kompas.com.    

Sementara itu, Joni berkata, sebanyak 1,095,714 tiket kereta api bagi perjalanan jarak jauh ke pelbagai destinasi berjaya dijual selama tempoh lapan hari dari 22 hingga 29 Disember 2022.

“Ini bermakna KAI memberi perkhidmatan kepada purata 136,964 pelanggan sehari dengan kapasiti tempat duduk mencecah purata 102 peratus setiap hari,” katanya.

Jelas beliau, antara destinasi yang menjadi pilihan ramai sepanjang tempoh berkenaan adalah laluan Jakarta-Yogyakarta, Jakarta-Solo, Jakarta-Surabaya, Jakarta-Purwokerto, Bandung-Surabaya, Yogyakarta- Surabaya dan Yogyakarta-Banyuwangi.   

Tambah Joni, jumlah itu juga menyaksikan peningkatan sebanyak 204 peratus berbanding tempoh sama yang direkodkan pada tahun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya