Zambry jadi wakil PM ketuai Malaysia ke Sidang ASEAN-EU

Zambry jadi wakil PM ketuai Malaysia ke Sidang ASEAN-EU

ZAMBRY Abdul Kadir ketika menyampaikan ucapan sulung selepas dilantik menjadi Menteri Luar di Wisma Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) pada lusa.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, beliau selaku wakil khas Perdana Menteri turut akan diiringi bersama para pegawai kanan Kementerian Luar ke Brussels, Belgium.

“Sidang yang julung kali diadakan ini melibatkan pemimpin negara anggota ASEAN dan EU dengan bakal membincangkan hala tuju hubungan dialog dua blok tersebut,” katanya.

Perbincangan itu ujarnya, turut merangkumi kerjasama politik dan keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya, perubahan iklim, keselamatan makanan serta pembangunan mampan.

Ini merupakan julung kali penampilan beliau di luar negara setelah dilantik sebagai Menteri Luar pada 3 Disember lalu dalam Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Esok, Zambry dijadualkan menghadiri sesi C-Suite Luncheon anjuran Majlis Perniagaan ASEAN-EU dengan acara libat urus bersama-sama para pemimpin perniagaan Eropah.

Beliau turut akan diiringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong dan para pegawai kanan dari kementerian berkenaan pada program itu.

“Di sela sidang kemuncak ini, Malaysia dan EU dijadualkan menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Perkongsian dan Kerjasama Pelbagai Bidang,” tambah Wisma Putra lagi.

Sasaran pemeteraian tersebut jelasnya, bertujuan untuk meningkatkan hubungan politik, perdagangan dan pelaburan, tenaga, pengangkutan, pertanian, kewangan dan maritim.

Selain itu, beliau juga mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan sejawat dari ASEAN dan EU bertukar-tukar pandangan isu dua hala, serantau dan sejagat berkepentingan.

Penyertaan Malaysia pada sidang kali pertama tersebut kata Wisma Putra, mencerminkan komitmen tinggi kerajaan negara ini dalam memperkukuhkan hubungan dialog dua blok.

Pada masa yang sama, acara tersebut turut memberi wadah peluang bagi Malaysia berkongsi pandangan mengenai banyak isu berkepentingan strategik kepada komuniti Eropah.

Zambry akan turut menjadi hos majlis makan malam untuk rakyat Malaysia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi dan pekerja yang berada di Belgium dalam pelbagai bidang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya