Varane, Konate pemain terbaru Perancis diserang virus

Varane, Konate pemain terbaru Perancis diserang virus

IBRAHIMA Konate (kiri) dan Raphael Varane demam dua hari sebelum berdepan Argentina dalam final Piala Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pertahanan Perancis, Raphael Varane dan Ibrahima Konate menjadi pemain terbaharu yang diserang penyakit sebelum perlawanan akhir Piala Dunia menentang Argentina esok.

Skuad bimbingan Didier Deschamps sebelum ini menyaksikan dua pemain utama, Dayot Upamecano dan Adrien Rabiot terlepas perlawanan minggu lalu selepas kedua-duanya jatuh sakit.

Tidak lama kemudian, Kingsley Coman pula demam dan ketiga-tiga mereka tidak dapat beraksi ketika skuad Les Bleus menumpaskan Maghribi pada separuh akhir.

Kini, L’Equipe melaporkan bahawa Varane mengalami simptom ringan dan keadaan Konate lebih teruk.

 

PEMAIN Perancis menjalani latihan di Al Sadd SC semalam dalam persiapan menghadapi Argentina.  – AFP

Begitupun sedikit berita gembira buat Les Bleus, Upamecano, Coman dan Rabiot sudah menyertai latihan bersama pasukan semalam.

“Tidak, ia tidak begitu teruk. Dayot Upamecano yang terlepas separuh akhir sudah kembali, mereka kembali berlatih.

“Kingsley Coman yang mengalami sedikit sakit tekak kini berasa lebih baik. Tidak mengapa.

“Saya fikir Rabiot adalah kehilangan besar, dia pasti akan menjadi kehilangan besar untuk Perancis perlawanan akhir.

“Jika dia kembali, jika dia boleh kembali, saya rasa itu akan menjadi satu rangsangan yang besar,” kata pakar bola sepak Perancis, Julien Laurens kepada talkSPORT. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya